THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sabtu, 28 Mac 2009

Melawat kat Al-Islah



Seramai lebih spuluh ahli-ahli Pergerakan Puteri Pembangunan (3P) Parti Pembangunan Bangsa (NDP) telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pusat Al-Islah di Jalan Muara Selasa lalu, 24hb Februari 2009.

Rombongan tym 2 diketua oleh Pengerusi Pergerakkan Puteri NDP dan Ketua Pergerakan Puteri Pembangunan Turut serta dalam lawatan tersebut ialah Ketua Himpunan Wanita Pusat Pengerusi KeKIN dan Ketua Himpunan Wanita Daerah Tutong .....

So, sebelum kitorang di bawa meninjau secara lebih dekat lagi beberapa kawasan pusat termasuk bengkel-bengkel latihan kemahiran penghuni lelaki dan wanita rombongan juga telah diperdengarkan dengan taklimat mengenai dengan fungsi dan peranan pusat tersebut yang disampaikan oleh Pemangku Pengarah Biro Kawalan Narkotik

Antara kandungan program yang dilakukan di pusat berkenaan adalah program agama, therapeutic community, kaunseling, vokasional, program kawad dan latihan jasmani, aktviti sosial dan sukan.

Belajar Al-quran, sembahyang, Ratib Al-Attas, Dikir Syarafil Annam, kuliah subuh, ceramah agama dan aktiviti keagamaan adalah antara program agama yang diberikan kepada penghuni setiap hari secara induksi selama enam bulan.

Di samping program kaunseling untuk pembentukan semula tingkah laku, pengendalian emosi dan psikologi, perkembangan pemikiran dan kerohanian, serta program kemahiran vokasional dan kemahiran bersosial juga adalah yang diberikan sepanjang masa

Rombongan kitorang kemudiannya di bawa melawat ke beberapa kawasan termasuk kawasan pertanian dan ternakan, kawasan bengkel pembaikan kereta, menyaksikan pameran kegiatan penghuni pusat dan melawat kawasan kemahiran vokasioanal dan kraftangan penghuni pusat sebelum mengakhiri sesi lawatan tersebut.

ni bkn lwatan sekolah tew...... ni lwatan smbil blajr jer nak tew mcmner kdaan kat sna.....








0 comments: